Book, Workshop and Consulting Project

Objektif Projek
-
Projek BWC adalah bertujuan untuk memenuhi permintaan pelajar IPTA yang kurang kemampuan, kemahiran dan pengetahuan untuk menyusun organisasi.
-
Projek BWC juga bertujuan untuk membantu memningkatkan kemahiran graduan universiti bagi meletakkan diri mereka dalam industri kelak.
LATAR BELAKANG PROJEK
Projek Book, Workshop and Consulting (BWC) merupakan salah satu projek di bawah I-Lics Team pada tahun ini. Projek ini adalah untuk memberikan perkhidmatan bengkel dan akan membantu pengurusan perniagaan Kecil dan Sederhana Keusahawanan (PKS) dalam tempoh setahun.
Selain itu, kami ada menerbitkan buku yang bertajuk '5 Langkah Mudah Menjadikan Organisasi Anda Mantap!'
Buku ini terhasil kerana kebanyakkan pelajar UniSZA yang berorganisasi mempunyai beberapa masalah untuk menjalankan organisasi. Sama ada untuk menganalisis masalah atau menyelesaikan masalah. Ia dapat dibuktikan dengan melihat hasil daripada soal selidik di mana kebanyakannya, kelab UniSZA yang menghadapi masalah ini adalah kerana kurangnya pengetahuan dan kemahiran.
Bengkel akan diadakan :-
Tarikh : 14 Mac 2015
Tempoh : 4 Jam
Tempat : Akan diberitahu
Kesimpulan
Seperti yang kita lihat, pelajar IPTA kini terlibat dalam pelbagai organisasi dan memimpin pasukan tanpa pengetahuan. Ini menyebabkan masalah berlaku dalam organisasi dan menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan konflik. Dengan menyediakan bengkel dan buku sebagai garis panduan, ia boleh membantu untuk menjadikan organisasi lebih baik.