Virtual Solution Project

Objektif
Objektif utama projek ini adalah untuk menyediakan platform bagi pelajar dalam meningkatkan kemahiran teknologi mereka dengan menggunakan sistem perakaunan. Objektif lain projek ini adalah:
-
Untuk menjadikan pelajar-pelajar siswazah mempunyai pengetahuan sistem perakaunan dua atau lebih.
-
Untuk meningkatkan pemahaman graduan tentang kitaran perakaunan dengan menyediakan sistem perakaunan segera.
-
Untuk menggalakkan pembangunan keusahawanan dan aktiviti ekonomi untuk manfaat pelajar pada masa akan datang.
-
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai penyediaan penyata kewangan penuh bagi perniagaan yang sistematik dengan menggunakan perisian perakaunan.
LATAR BELAKANG PROJEK
Perakaunan dipercayai merupakan profesion kedua tertua di dunia. Semua organisasi perniagaan memerlukan akauntan yang pakar dalam menyediakan akaun korporat. Berdasarkan permintaan pasaran, maka lahirlah idea untuk melaksanakan Projek Virtual Solution dibawah I-LICS Team.
Projek ini adalah kelas pembelajaran sistem perakaunan yang ditawarkan khususnya kepada pelajar perakaunan dan pelajar yang berminat walaupun bukan berlatar belakangkan kursus perakaunan.
Kelas ini adalah satu platform untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyediakan sistem perakaunan dengan sistematik untuk perniagaan. Menurut hasil soal selidik kami, majoriti pelajar berminat untuk belajar lebih daripada satu jenis sistem perakaunan.
Walau bagaimanapun, sukar bagi pelajar untuk mempelajari sistem perakaunan kerana kosnya yang mahal dan mereka tidak mempunyai masa kerana kuliah dan tugasan.
Bagi menyelesaikan masalah ini, kami menawarkan kelas sistem perakaunan kepada pelajar dengan harga yang berpatutan. Ia adalah mudah bagi pelajar untuk menghadiri kelas kerana ia akan diadakan di universiti-universiti dan kolej-kolej masing-masing. Masa untuk kelas adalah pada hujung minggu dan tidak mengganggu kelas kuliah.
Kami menawarkan kelas yang menawarkan lebih daripada satu jenis perisian perakaunan.
Bagi fasa permulaan, kami menawarkan kelas sistem perakaunan berikut :-
1. Sage UBS
2. Quick and Easy (QnE)
Walaupun, 75,14% daripada responden yang tahu tentang sistem perakaunan UBS, tetapi kami masih menawarkan UBS sistem perakaunan kerana kebanyakan syarikat dan perusahaan menggunakan sistem UBS. Oleh itu, semua pelajar perlu tahu bagaimana untuk menggunakan sistem perakaunan UBS.
QnE pula ditawarkan kerana ramai pelajar tidak tahu bagaimana untuk menggunakan sistem ini.
Jadual Kelas


Kesimpulan
Projek Virtual Solution membantu untuk meningkatkan pemasaran pelajar siswazah terutama bagi pelajar perakaunan. Kami berharap projek ini boleh menjadi salah satu faktor pelajar mendapatkan pekerjaan apabila mereka tamat belajar kelak.
