top of page

Tunjang Betta Project

PENGENALAN

Projek Jelajah ini adalah salah satu inisiatif anak muda dalam bersama membantu pelajar diperingkat sekolah menengah (aliran sastera; perakaunan) diseluruh Malaysia khusus dalam pengetahuan bidang perakaunan yang bertemakan “Awareness Of Accounting Education Programme (AAEP)”.

 

Berdasarkan pengalaman kami dan pemerhatian yang telah dibuat hampir 5 tahun, kami mendapati pelajar-pelajar peringkat sekolah menengah gagal didedahkan secara langsung tentang dunia perakaunan itu sendiri.

 

Pemerhatian kami juga telah membuktikan bahawa pendedahan awal akan mempengaruhi 85% pelajar dalam memilih kerjaya pilihan mereka dengan lebih terancang. Kegagalan dalam merancang perjalanan kerjaya telah menyebabkan secara tidak langsung graduan perakaunan telah keluar daripada bidang yang dipelajari diperingkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

 

Hal ini secara tidak langsung, telah merungsingkan ramai pihak kerana jumlah bumiputra dalam bidang perakaunan semakin mengecil. Harapannya, usaha ini secara tidak langsung akan menggalakkan mereka menceburi bidang perakaunan disamping membantu mereka dalam membuat pilihan dalam bidang pengajian yang bakal diceburi diperingkat universiti kelak.

JUSTIFIKASI

Setelah berpengalaman dan menceburi dalam bidang latihan modal insan dibidang perakaunan, usaha ini amat diperlukan untuk dilaksanakan bagi menambahbaik kekurangan tentang permasalahan  tersebut. Kami juga terdiri daripada barisan mahasiswa perakaunan yang menuntut di IPTA yang secara tidak langsung akan berkongsi terus pengalaman kami dalam menerokai perjalanan seorang akauntan di dunia yang serba moden.

 

Projek ini secara tidak langsung akan mendedahkan para peserta dengan dunia perakaunan di alam kampus dan kerjaya. Bidang perakaunan yang sememangnya sangat diperlukan dimasa akan datang bakal dikongsikan. Perkongsian ini akan diberikan oleh mereka yang sudah terlibat secara langsung bagi memberi semangat dan rangsangan positif dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah.

 

Usaha ini sedikit sebanyak akan melengkapkan pengetahuan yang bukan sekadar teori tetapi akan diimbangi dengan aspek praktikal dalam dunia yang sebenar melalui pendedahan awal ini. Para pelajar akan lebih yakin dan bersedia dalam menempuh alam yang bakal diceburi kelak.

CADANGAN TARIKH DAN TEMPAT

Kami mencadangkan untuk menjalankan program bengkel ini sepanjang bulan Jun dan Julai 2015 di dewan sekolah masing-masing atau di tempat yang ditetapkan oleh pihak sekolah sendiri. Berikut adalah cadangan tarikh yang boleh dipilih oleh pihak sekolah:-

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Projek ini akan berlangsung sepertimana  tarikh yang telah dipilih oleh pihak sekolah dan akan diisi dengan aktiviti seperti berikut:

 

a)         Pembentangan tentang dunia perakaunan             1 jam

b)         Perkongsian pengalaman di kampus                      1 jam

c)         Pembentangan “Accounting Pathway”                 ½  jam

 

Tempoh perkongsian ini adalah selama 3 jam. Kos untuk setiap sekolah meliputi kos peralatan sokongan, bimbingan dan pengawasan sahaja.

KESIMPULAN

Projek Jelajah: Awareness Of Accounting Education Programme (AAEP) ini akan dapat membantu para peserta dalam memilih bidang pengajian diperingkat universiti kelak seterusnya dapat melahirkan generasi dalam bidang perakaunan yang lebih berdaya saing.

bottom of page