Apakah kaedah utama pengurus atasan guna untuk mengawal organisasi?
- Nik Nur Syakirah | ILICS Team
- May 9, 2015
- 2 min read
by Rick Suttle, Demand Media
Pengurus atasan mewujudkan pelbagai standard prestasi untuk mengawal organisasi mereka. Biasanya bermula dengan misi korporat untuk berkomunikasi yang menjadi objektif utama syarikat untuk para pekerja. Beberapa objektif lain termasuk mencari pasaran baru untuk produk, atau memaksimumkan pendapatan untuk pemegang saham utama. Pengurus atasan berusaha ke arah matlamat mereka dengan memberikan tugas tertentu kepada pengurus bahagian dan kemudiannya memberikan tugas kepada pekerja. Pengurus atasan akan mengambil beberapa langkah-langkah utama dalam mengawal perkembangan matlamat mereka.
Mewujudkan Piawaian Prestasi
Pengurus atasan mengawal organisasi mereka dengan mewujudkan standard prestasi tertentu. Piawaian prestasi biasanya digunakan untuk menjelaskan definisi objektif organisasi. Contohnya presiden syarikat mahu naib presiden pemasaran memperkenalkan 10 produk baru pada tahun ini. Pengurus atasan biasanya memegang pelbagai pengurusan yang bertanggungjawab bagi mencapai matlamat dan keputusan melalui penerangan tugas yang tertentu. Keterangan kerja adalah ringkasan tanggungjawab tugas utama seorang pekerja.
Mengukur / Meningkatkan Prestasi
Eksekutif akan memantau matlamat mereka setiap bulan atau suku tahun. Dengan cara itu mereka dapat menentukan sama ada pengurusan mereka berada di landasan yang betul bagi mencapai matlamat syarikat. Mereka mungkin mempunyai sesi semakan berkala dengan pengurus yang tidak dapat mencapai matlamat mereka. Walau bagaimanapun, alat utama yang digunakan pengurus atasan ialah penilaian prestasi yang dijalankan setiap 6 atau 12 bulan. Penilaian ini sama ada seseorang pekerja mendapat kenaikan gaji dan untuk mengukur prestasi pekerja. Sesetengah pengurus atasan boleh menggunakan satu pelan tindakan untuk meningkatkan prestasi seperti latihan tambahan.
Struktur Organisasi
Pengurus atasan dalam syarikat-syarikat juga menggunakan struktur organisasi untuk mengawal aliran kerja dan prestasi dalam syarikat mereka. Eksekutif syarikat berusaha untuk mewujudkan struktur organisasi yang dapat memenuhi keperluan mereka. Sesetengah syarikat menyusun struktur korporat mereka dalam pelbagai fungsi seperti pemasaran, kewangan dan kejuruteraan. Seorang pengurus atasan boleh memulakan struktur organisasi produk untuk meningkatkan kualiti produk syarikatnya. Dan mereka yang melaksanakan struktur organisasi pelanggan mungkin mempunyai kawalan yang lebih baik bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka.
Mengamalkan Gaya Kepimpinan yang berbeza
Pengurus atasan dalam sesebuah syarikat juga menggunakan gaya kepimpinan yang berbeza untuk mengawal dengan lebih baik organisasi mereka seperti gaya gabungan atau berpasukan. Seorang pengurus atasan yang menggunakan gaya gabungan kepimpinan lebih suka bekerja secara berpasukan dalam kalangan pekerjanya. Jenis kepimpinan ini merupakan kaedah yang berkesan dalam mengawal pengenalan produk baru kepada pasaran

Comments