top of page

5 CARA PENGURUSAN MASA YANG ANDA PERLU TAHU

  • Nadia Hanim | ILICS Team
  • May 12, 2015
  • 2 min read

Bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan banyak dalam masa yang singkat, seseorang haruslah pandai bermain dengan masa. Oleh itu, saya ingin berkongsi beberapa cara bagaimana cara mudah pengurusan masa supaya anda kekal fokus dan menjadikan anda seorang yang mampu melakukan banyak kerja dalam satu masa.

1) Bertindak segera

Ukuran yang paling penting bagi masa adalah kelajuan. Untuk menjadikan masa anda lebih berkualiti adalah anda haruslah “bertindak segera”. Oleh itu, anda haruslah bijak dalam merebut peluang yang ada kerana orang yang berjaya bukan kerana kerja keras tetapi kerana mereka bertindak pantas. Selain itu, anda perlu kekal fokus dalam usaha mengurangkan jumlah masa yang diperlukan untuk mendapatkan hasil yang sama. Pelanggan sanggup bayar lebih kepada sesiapa yang dapat memuaskan keperluan mereka lebih singkat daripada yang lain.

2) Hentikan sikap suka bertangguh

Sikap suka bertangguh bukan sahaja pencuri masa; malah ia adalah pencuri kehidupan. Untuk mengatasi pesaing, anda perlu bersegera dalam melakukan sesuatu. Kajian menunjukkan bahawa individu-individu yang mempunyai prestasi yang baik, ialah mereka yang mempunyai kecekapan dalam melakukan sesuatu kerja. Oleh itu, mereka cepat dinaikkan pangkat dalam kerjaya mereka.

3) Membentuk tabiat baik

Membentuk tabiat bergerak pantas adalah baik kerana semakin cepat anda bergerak, semakin banyak yang anda dapat. Ini kerana, semakin cepat anda bergerak, semakin banyak pengalaman yang anda dapat. Semakin cepat anda bergerak, semakin banyak yang anda belajar dan anda akan jadi semakin cekap. Semakin cepat anda bergerak, lebih banyak tenaga dan semangat yang anda ada. Disamping itu, ia serba sedikit memberi kesan kepada personaliti seseorang.

4) Kerja Dalam Masa Sebenar

Jika boleh, lakukan kerja anda di "masa sebenar," sebaik sahaja ia dapat. Kekal fokus dan lakukan sekarang. Tugasan kecil perlu dilakukan dengan segera, sebaik saja ia diberi. Tabiat bersegera dalam kerja dapat mengelakkan anda tertekan kerana kerja yang bertimbun. Tabiat ini juga dapat memberi kepuasan kepada orang yang memberi anda kerja apabila pekerjaan tersebut perlu disiapkan segera.

5) Kekal Fokus dan Hasilkan Nilai Bermutu

Orang yang berjaya mempunyai impian dan matlamat untuk berjaya. Mereka sentiasa berusaha untuk memastikan impian dan matlamat mereka tercapai. Mereka bersungguh dalam melakukan pekerjaan dan merancang masa mereka dengan baik. Mereka menggunakan kebolehan yang mereka ada dan sentiasa mencari idea untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Mereka juga sentiasa mencari peluang dan menggunakan peluang yang ada semaksimumnya.

time-management.jpg

 
 
 

Commentaires


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page