5 Cara Menjadi Pengurus Yang Disegani
- Nur Shahida | ILICS Team
- May 11, 2015
- 1 min read
Pilih gaya pengurusan yang betul
Pengurusan yang berkesan apabila pengurus dikatakan dapat mengubah organisasi mereka dari keadaan yang sedia ada kepada keadaan yang lebih dinamik dengan mencipta wawasan/visi untuk organisasi, menanam semangat bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu perubahan dan menyemai budaya dan strategi baru bagi organisasi mereka supaya segala tenaga digerakkan dan segala sumber dapat digunakan.
Menjadi lebih berkeyakinan
Dr. John Ullmen berkata, “Semangat kita untuk memujuk melebihi keupayaan kita untuk meyakinkan”. Fokus kepada sesuatu yang menaikkan keyakinan kita.
Jelas mengenai tanggungjawab yang akan dilaksanakan
Menentukan objektif dan strategi jangka panjang, memperuntukkan sumber berdasarkan keutamaan, menentukan cara menggunakan kakitangan dan sumber untuk menyempurnakan tugas dengan cekap dan memastikan cara untuk mempertingkatkan koordinasi, produktiviti dan kecekapan untuk organisasi.
Menjalinkan hubungan baik dengan para pekerja
Pemimpin semestinya menjalin perhubungan yang baik dengan semua pihak kerana kejayaan seseorang pemimpin bergantung pada sokongan dan kerjasama pihak-pihak lain. Sebagai pemimpin, tugas utamanya ialah mendorong individu-individu yang dipimpinnya supaya berjaya melakukan apa yang mereka lakukan pada tahap cemerlang. Ini hanya dapat dilakukan apabila pemimpin itu mempunyai perhubungan yang baik dengan mereka yang berada di bawah kepemimpinannya
Orang tengah dalam Menyelesaikan konflik
Dalam satu Kelompok yang dinamik sukar untuk kita dapat mengelakkan diri daripada menghadapi konflik dalaman antara anggota kelompok. Dalam keadaan begini pemimpin perlu menjadi orang tengah, menjadi hakim atau pendamai kepada pihak yang sedang berkonflik.

留言